Alfatihah :')

Al-Fatihah.  

Assalamualaikum :') heyy aku tengah tabahkan hati aku untuk menghadapi ujian yang Allah berikan untuk aku harini :") Pada hari jumaat yang mulia ini Muhd Amirul Bin Roslan yang sudah pergi pada jam 9:40 pagi tadi . Alhamdulillah , arwah selamat dikebumikan , dan dia pergi dengan tenang . Alhamdulillah aku dapat juga jumpa kau buat kali terakhir mirul :") aku tak kuat tapi aku kena kuat untuk kau aku redha dengan permergiaan kau kali ni kau tinggalkan aku bukan sekejap mirul kali kau pergi tinggalkan aku selama lamanyaa :") sayuunya hati aku mirul :') seminggu kau berlawan bertahan dengan sakit kau, kau kuat sangat mirul kau memang kuat mirul aku memang kuat :") aku teringat time firsttime kita kenal dulu time firstday form1 masuk sekolah baru katakan X'D

Firstday sekolah kita sama kelas kau duduk depan aku kau dengan Syafiq Reza aku duduk belakang kau , kau dengan syafiq bahan bahan aku baling-2 sampah dekat aku pastu kita bergaduh aku panggil kau tupai hahaha pastu kau marah aku kau cakap ' kau panggil lah aku tupai tupai nanti kau kahwin dengan aku baru kau tahu ' haha pastu kita gaduh gaduh mulut dah berapa bulan kita makin lama makin rapat pastu kau ada couple dengan budak kelas depan start tu kau buat bodoh je dgn aku kau biarkan je aku pastu dalam berapa minggu mcm tu kau dah break baru kau rapat balik dengan aku , aku marah kau time ada gf lupa aku dah takada baru cari aku hahaha pastu aku dapat tahu yang kau suka aku pastu aku baut bodoh je . Time form2 kita kelas lain lain tapi kita still rapat aku selalu pergi kelas kau cari kau buli kau walaupun kelas kita lain lain kita pegang tangan pastu jalan dekat sekolah tu hahah cikgu bising kita buat bodoh je kalau aku ajak kau teman aku pergi tandas kau tetap akan ikut mirul sampai lah sekarang :"D hahahah gila kan lelaki teman perempuan pergi tandas kau tunggu aku sampai aku habis kau tahukan aku suka berak hahaha kau pun sangggup tunggu aku kan kau takpenah marah aku :') kalau orang lain ajak kau mesti cakap ' ah malas aku ' tapi dengan aku kau takpenah cakap macamtu sebab kau sayang aku kan , aku tahuu tu mirul :"* 


Time form3 kita kelas sama banyak juga lah bergaduh tapi kau tetap sayang aku kan kau buat apa je yang aku suruh kau memang dengar cakap aku , aku suruh kau buat apa semua kau buat mirul kau lah lelaki yang pertama dengar cakap aku macamtu sekali mirul pastu ada time geo kita dalam kelas pegang tangan pusing [pusing keluar masuk kelas cikgu geo kita bising sampai pukul pukul kita dua hahaha masuk form4 kita still kelas sama lagi start form4 lah kita rapat gila gilaa mirul mana aku pergi mesti aku ajak kau merayap satu sekolah pun kita berdua je terlalu banyak kenangan kita mirul :') aku rinduu semuaa tu start form4 rasanya hujung tahun kita ada gaduh dengan budak kelas kita sejak tu kita rapat 7 org , kau , aku , haiqa , onie , ira, yus dengan bong tujuh orang korang dua jela lelaki dalam group kita korang dua lah yang jaga kitorang berlima . kita banyak keluar tujuh orang tengok wayang yang tu paling sweet moment ever kita macam couple kan time tu hahaha tengok wayang cerita hantu kau duduk sebelah aku menjerit-2 bagai . hahah kau bengang je dengan aku dalam bus kau dudk sebelah aku dorang ada tangkap gambar kita time tu sweet sangatt hahaha dua dua sukaa kan X'D kita pergi jogging ramai-2 semua aku rinduuu semua tu mirul rinduu sangat semua kenangan kitaa . Kau kejut aku bangun pepagi sebab nak pergi jogging punya pasal kau ambik aku semua time yang firsttime kita keluar tujuh orang pergi jog tu lah the best moment ever dengan hidung bertampal kau hahaha kau dukong aku rinduunyaaa :") 


Kita banyak bergambar kita dua jelaa hahaah , kau banyak tolong aku kau ada time aku susah senang terima kasih kau dengan bong lah yang selalu ada dengan aku bagi aku semangat semua kau marah bila aku nangis , kau pujuk aku bila aku gaduh dengan kau ingat lagi time aku tengah makan aku nak suap kau tapi kau taknak aku merajuk dengan kau , kau panggil aku banyak kali aku buat bodoh je pastu onie dengan bong cakap ' tulah kau sapa suruh taknak dengar cakap dia lagi' pastu kau pujuk pujuk aku hahaha pastu kau cakap ' cepat lah suap ' kau buka mulut kecik je aku bising bising semua hahaha . time makan kuaci favorite kau kan ,kau lah yang tukang kopekkan pastu suapkan aku sambil kau suap tu aku gigit tangan kau sekali ;')hahaha banyak gila kenangan kita selama 5tahun mirul terlalu banyak yang aku gigit belakang kau tu balik tu kau wc aku cakap badan kau sakit siap tangkap gambar bagi dekat aku lagi hahah malam malam kita ws sweet sweet semua kalau cerita takan habis hahahah time form5 kita rapat macam biasa lah kita memang berkepit je kerja pastu adalah masalah masalah sikitkan hahahaha , bila naik motor dengan kau , aku suka sandar kepala aku dekat belakang kau :') 


Ingat time kita keluar reramai dengan kunak semua aku menangis sebab gaduh dengan kakak aku , kau datang dekat aku pujuk aku kau cakap ' da jangan nangis buruk muka dah takcantik dah ' hahaha ada gambar yang kau tengah pandang aku pujuk aku tu aku simpan taknak delete tu jela kenangan :') serious semua lelaki yang aku couple bila tengok aku dengan mirul mesti akan jealous mesti okay sebab aku layan mirul lebih daripada aku layan boyfriend sendiri mirul selalu manja aku , apa aku nak dia bagi , bila aku mengadu aku lapar dia terus ws or wc tanya aku nak makan apa dia belikan pastu petang petang dia haiqa dengan bong datang rumah main dengan keisha (anak buah ) dia suka gila dengan keisha sampai ada satu haritu duduk rumah kita berempat jaga keisha hahaha kita selalu wrestlingkan mirul :") aku je perangai macm jantan wrestling dengan mirul dah geram sangat aku gigit lah dia hahaha teringat time kau , bong dengan haiqa kenakan aku korang datang rumah aku first aku ingat bong dengan haiqa je datang aku tanya mirul mana korang cakap dia takada motor pastu aku pun okay lah masuk dalam jap berak pastu aku keluar bong dengan haiqa gelak-2 aku biar jela pastu aku dengar bunyi bising-2 dekat belakang aku baru nak pusing kau terkejutkan aku menjerit aku pastu korang 3 gelak aku macam orang gila haha suka korang eh pastu aku wrestling dengan kau hahaaha :")


Ingat tak yang kau bagitahu aku yang kau nak bagi aku bear tu hahah pastu petang tu kau dengan bong hantar dah lah letak dalam plastik sampah hahaha tergelak gelak aku sampai sekarang aku simpan lagi dah siap balut dengan plastik taknak bagi berhabuk . aku suka main bontot kau suka sngat sangat apa je aku makan mesti aku bagi dekat kau even captainmuch yang satu tu pun aku gigit sikit pastu aku pergi dekat kau aku suap dkt kau , bila kau taknak makan aku selalu paksa hahahahah kau pun dengar layan je perangai aku :") aku kan tuan puteri kau :"* pastu kita ada gaduh sebabkan group time tu kitorang semua palau kau hahaha kau marah kau leave group pastu update moment macam-2 tu semua serious gila aku pun bengang kita bergaduh moment semua pastu kau blcok aku kita bergaduh berapa bulan tak tegur aku selalu perasan bila dalam kelas kau asyik pandang je aku :") dua dua ego time tu even tengah gaduh dengan kau pun aku selalu mengadu dekat bong yang aku rindu kau sangat sangat :") pastu ada satu hari tu aku cakap dekat group yang aku rindu kau pastu dorang cabar aku cakap macamtu dekat kau , aku pun terus lah ws kau aku cakap aku rindu kau aku ingatkan kau taknak reply rupa rupanya kau reply juga aku luah semua aku cakap aku rindu kau banyak kali semua aku mintak maaf aku cakap dengan kau jangan tinggalkan aku lagi pastu kau janji kau dah tak tinggalkan aku pastu dorang buat group sevend balik pastu semua mintak maaf bagai malam tu kita lepak lepas kau habis tuition kau ambik aku , aku ingatkan bong yang ambik rupanya kau aku turun nampak kau aku terus senyum naik motor aku terus peluk kau aku cakap aku rinduu kau mirul pastu aku gigit kau hahah geram kita lepak rumah onie kita dua lah yang selalu bahan bong semua :") 


Esoknya dekat sekolah kita berkepit je dua orang sampai balik , balik tu kita bergurau semua kita dua duduk atas badan Arif kita main lompat lompat hahaha pastu kau pegang leher aku lah bergurau semua , pastu ingat time birthday aku , aku ingatkan kau taknak wish pastu kau wish juga ahahha princess double A :") pastu kita berbuka sevenerd dkt lereng kau cakap dekat aku kau takada duit aku cakap takapaa aku bawak duit lebih kita makan nasi goreng biasa sama hahaha last aku keluar dengan kau yang kau dengan mok ikut aku , yus dengan onie keluar tulah shopping tulah last kita keluar berkepit je kita dua kan , ingat tak aku cakap aku nak baju kemeja pastu kau carikan baju kemeja biru tulah yang kau pilihkan untuk aku :") bila dalam kelas kau dah jarang berjalan semua kau dudk je tempat kau , aku bangun pergi tempat kau kacau kacau kau semua aku suka peluk leher kau pastu jatuhkan badan kau ke belakang pastu kau jerit ' da da da jatuh da kotor ' hahaah kau lah lelaki yang paling bersih dalam kelas tu paling kemas tu semua kau lah tapiiiii bila aku pijak kasut kau , kau buat bodoh je bila aku kemotkan baju kau kau diam je tapi bila orang lain kau punya speaker macam apa je hahaha , penah ada orang cakap ' mirul aida buat apa dkt dia , dia diam je cuba orang lain ' hahaha kau sayang aku kan mirul :") time prgi college tu pun sama dalam bus onie duduk sebelah aku , aku turun lah kejap pergi beli makan naik naik beg kau dkt sebelah aku , kau letak beg onie dkt tepi yus hahaa jahat kau en pastu balik tu pun kau jagakan tempat aku , aku naik bus tengok kau pastu kau panggil aku suruh duduk tempat kita tu dalam bus aku sandar je kepala aku dkt belakang kau :") 


pastu dah sampai kita makan dekat kantin aku mintak kau ayam first kau takank bagi pastu aku mintak lagi baru kau bagi hahah tahu aku suka makan ayam kan :'* ingat time kau baru lepas excident tu kau cerita dkt cikgu saldiriza macam mana kau excident time tu memang seronok gila kitorang gelak macam orang gila pastu kau dah penat bercerita kau cakap dkt cikgu " cikgu sepuluh sepuluh dah penat cerita ni dengan jari sepuluh kau tu ' hahaha kau bila excident kau taksuka bagitahu aku sebab kau takut aku marah kau kan :) ingat time cikgu takada dalam kelas kita lepak belakang ramai ramai kau duduk sebelah aku kita makan biskut sesama aku main main jari kau pastu aku gigit pastu kau cakap ' meh sini aku gigit jari kau pula ' aku pun bagi lah pastu kau gigit taksakit okay mirul hahaha pastu korang lawan main bar dgn budak form3 kelakar gilaaa . start exam tu kau dah taktegur kitorang kau senyap je kitorang pun buat jela macam biasa tapi aku ada juga kacau kacau kau semua jumpa kau picit bontot kau semua last aku cakap dengan kau time hari selasa kau cakap dekat bong yang suruh ambikkan kau paper ni ni sbb kau malas nak ambik pastu aku cakap ' suka hati kau je ' pastu kau ' biaar aah biar aah ' tulah last aku cakap dengan kau esok tu kau dah takdatang dah pastu malam tu dorang whatsapp group cakap kau sakit aku dah mengelabah tanya asal kau sakit sorang pun taknak bagitahu hurmm nanti aku sambong cerita lah kepala pening pulaaa :") bye

September 8, 2014 @ 10:51 PM / 0 daisies


Newer posts»



Copyright ©. Layout by TeaCakeHouse.
Please view with Google Chrome in a screen resolution of 1280 x 800.
Picture from: Tumblr All rights reserved 2011 - Infinite.